12.07.2018
hey awak.
awak datang dalam hidup saya tanpa saya pernah sangka.
your first text makes me difficult to breath.
your first "hai" makes me nervous.
your first "btpe tu?" makes me smile till today.
perkenalan yang sementara.
yang singkat.
tanpa terdetik rasa takut.
kita terus berhubung hingga ke saat ni.
malah ke peringkat yang seterusnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
andai kita berjodohan,
ketahuilah kasih bahawa kau yang pertama.
andai kita berjodohan,
ketahuilah yang aku tak menyangka akan kaulah jodoh yang aku nanti selama ini.
andai kita berjodohan,
ketahuilah yang disaat jari jemari pantas mengetuk papan kekunci ini,
hati ni masih tidak percaya akan kehadiran dirimu dalam hidupku kasih.
yang merubah rutin harian ku 360 darjah.
andai kita berjodohan,
kita patut berterima kasih pada orang tu yang mengusik kita.
=)
andai kita berjodohan,
percayalah perkenalan singkat ini akan jadi memori terindah dan bahan cerita pada generasi kita kelak.
bagai mana ibu mengenal apa itu cinta.
haha.
aneh sungguh rasa ini.
aneh sungguh detik perkenalan.
aneh sungguh cara rasa ini diungkapkan.
aneh sungguh cara kita memulakan.
kasih.
aku tahu kita terlalu pantas melangkah ke peringkat yang seterusnya.
jujur aku takut.
bukan takut akan dirimu.
tapi takut dengan keyakinan diri sendiri.
dari hati aku.
aku dapat rasa yang tiada sangsi dari dirimu.
cuma.
aku masih rasa ingin tertawa tiap kali membaca panggilan yang kau panggil terhadap aku.
kau tahu kasih.
susah benar aku ingin percaya yang kau serious akan perhubungan ini.
even aku tahu kau serious.
manakan kau berani memperseda sesuatu yang telah diketahui keluarga.
lagi2 perkenalan kita bermula dari orang tua mu.
sungguh aku malu2 andai kata kita bertemu.
sungguh aku masih kekok untuk membiasakan diri bahawa aku telah berpunya.
masih janggal untuk aku mengaku yang aku sedang dalam fasa belajar apa itu cinta,
masih dongeng aku rasakan bila ada yang meraikan perkenalan kita.
sungguh aku masih kekok!
kasih maafkan aku andai aku terkulat2 malu saat kita berjumpa kelak.
TAPI.
andai kata kita tidak berjodohan.
ketahuilah yang perkenalan ini masih akan jadi kenangan yang lucu dan indah dalam diari hidup seketul mekar sakura.
andai kita tidak berjodohan.
semoga kau dipertemukan dengan insan yang lebih baik dan dari keturan yang baik2. begitu juga aku.
=)