Rabu, 31 Oktober 2012

orang-orang muslim=)

5 Minit sahaja , Syurga menanti wahai Orang2 MUSLIM :

Khasiat Ayat Kursi :

  ~Baca pada saat keluar rumah,

70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

~ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

~ Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

~ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

  ~Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

~Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

~Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

~Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

~Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club, semakin besar?

~Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
Tapi sangat susah untuk menemui Allah?

Pikirkan itu

~Apakah Anda akan memforward pesan ini?

~Apakah Anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan orang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman."

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.
Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH...

*Bayangkan kalau suatu hari nanti ALLAH SWT tarik balik nikmat yg telah dikurniakan kpd kita, tiba2 ja kita kehilangan tangan , kaki dan anggota2 yg lain*
 
kalau nak copy paste sila kn..saya pon copy dari org lain..=)

Selasa, 30 Oktober 2012

MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA..

                                         Assalamulaikum dan bismillahhirahmannirrahim..=)

                                         Baca dengn minda yang terbuka..dan fahamilah..=)

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.



3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.



4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim



5. Perempuan muslimah TAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.


Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?


Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.




6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TAK GUNA tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.




7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
heliza helmi


8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
diana bahrin dengan suami..=)




9. Perempuan islam TAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.




10. Jadilah Perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A




Wallahu 'alam 

Isnin, 22 Oktober 2012

NOW CUTI SEM!

Assalamualaikum warahmatulAllah hi wabarakatu..kepada muslimin muslimat sekalian..heheh^^

nampak tak aku semangat disitu?hahaha..
tiada yang buat aku lebih bersemangat melainkan pulang ke rumah..!
yeah i'm coming home..i'm coming home tell the world that i'm coming home..hahah..
ok aku dah terlebih excited...!fine..!#senyapkau

waktu aku menaip ni..aku usik2 rambut...pandang screen laptop ni..tekan2 keyboard pastu ketan...eah silap,tekan..fine typo..!--"pastu tekan button "<--back space"..itu je la kje aku bila nak update blog..tgk tu nak taip pon malas..guna dua jari je..--"..

banyak benda aku nak story2..but bergantung pada jari2 ku ini untuk menaip..
kalau ikutkan my heart,mind and soul banyak je aku nak bebel..hee..*mmg hobby aku k nak bebel..

1.pasal.........weh aku bukan lagi part 1 weh..!
eah itu berita gembira buat aku..hahaha..
kenapa seronok sangat?eah biar la nak seronok pon..
hahaha..xde la..maksd aku seronok tu..lpas ni kalau gi mana2 xde la aku ternampak lagi ayat"semua pelajar dijemput hadir..pelajar part 1 diwajibkan"...eerrrhhkk..tekanan aku bace...mentang2 part one..sesuka hati nak perkotak kasut kn aku pulak...
ape kotak kasut kat kedai dah habis??
ih..nasib baik setiap program tu ade kupon..kalau x....dengar la aku membebel dari pagi sampai petang...tambah lagi time malam..
aku pernah nangis sebab mase aku untuk balik diganggu kerana pelajar part one diwajibkan hadir antara prog..
 owh aku ingt yang mane!
yang program antara pelajar dengan PA masing2..
haha..nampak xwalapon aku masih beljar..dan baru je start belajar..dah ade PA..hahahha#bajet macam aku sorang je ade PA jap..hahah
 gara2 prog tu aku terpakse ambik bas yang terakhir..iaitu pada pukul 6 ptg untuk balik ke rumah..dan touchdown pada jam 9.00 malam...eceeeehh.macam naik flight lak aku padahal naik bas transnasional je pon..--" sampai umah dah lapar...dah lapar makan..
dah makan tidur...
itu jelah keje aku kalau balik umah..

and kelemahan aku..cepat rindukan mama,bapak and kakak senget ku..
gara2 itu aku selalu balik ke rumah..=)

2.selamat tinggal wing 1B and bilik SMK 122 A..
wah gi tu kau ayat aku..ye la mane tau kalau next sem aku xde rezeki dok wing or bilik tu lagi?
mest lah sedihkan?
mane aku xsedih..bayangkan kalau wing org lain aku,rase kalau pukul 1 or 2 pagi semua org dah tidur kan?budak2 kat wing aku leh lagi main kejar2..--"
nampak xkat situ betapa meriahnye wing aku..?

and dalam banyak2 bilik...balik aku paling ramai tetamu nye..tapi maaf  lah xdihidang kan air...sebb datang tanpa bagi tau..cawan pon xcukup..haha..maka bwak lah air dari bilik masing2 sendri..hahah..
kenapa ramai tetamu?sebab akk roommate orang nye sangat lah peramah..semua kawan2 dy datng bilik je..ape lagi..dah tetamu tu rezeki kan?jemput je la..
tapi maaf sekali lagi..sebarang jemput2 or cokodok mmg xde la..kalau nak turun beli sendiri kat IFC....

3.dinner quasar,dgn family day..
dua aktiviti ni di jalan kan dengan hanya berselang beberapa hari..mmg AWESOME!..
penat seh...suara aku mmg asyik jadi rocker je kat UITM ni..
hahah..xsedar diri badan xsehat..hahah...

nnt aku cite lagi pasal no 3 ni..

4.hari PERKAD..
mak oii...dalam banyak2 hari aku kat dalam uitm ni..hari PERKAD lah buat aku jadi anak angkat india buat sementara waktu..kenapa?legam aku dibuatnye oi..!
cite dekat mama dengan bapak..di gelak kan je la..
dekat kakk lagi xyah cakap..sampai je umah script dy keluar
"oii..anak keling mane dalam rumah ni..?!"..
nampak xsenget dy kat situ?
haih..
tapi tu la wat aku rindu...^^

5.ramai pakwe..!
amboi.............!!!!cepat je ko kan?tarik balik kelapa tu,eah silap..!kepala tu..dari screen laptop...laju je ko kan???yang ni..hahaha...tengok ahk..habis dip bru aku cite kot..hahaha..lek lu...!bosn la cite pasal pakwe..


6.bufday aku...!
yuhuuuuuuu.....!aku xdpat sambut bufday dalam PLKN aku sambut kat uitm..tapi tu pon xsempat sebab dah cuti sem..haha
xpe lebih rela..!sebab dorang nak buat serangan je setiap kali sambut bufday..xsanggup aku..!

k sampai sini je dulu..insyaAllah mase cuti ni aku update2 ye...terima kasih sebab membaca post yang bersawang ni..
#kekeringan idea..!hahaah