Baca dengn minda yang terbuka..dan fahamilah..=)
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TAK GUNA minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan
bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya
kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara
kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan
yang kuat pegangan islamnya memang TAK GUNA kata- kata yang keji, kerana
dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka
yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak
akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan
buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim
5. Perempuan muslimah TAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal
orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan
keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat
baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya
sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TAK GUNA
tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata
lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila
bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya
dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti
yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga
seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri
dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam
islam memang TAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang
sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika
aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik
perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita
yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki
(yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya
lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd
mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki
sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
![]() |
| heliza helmi |
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TAK GUNA alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab
bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah)
kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai
make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada
wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga
kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika
bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai
lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
![]() |
| diana bahrin dengan suami..=) |
9. Perempuan islam TAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung
seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari
pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam
sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka
demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang
sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk
memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah Perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
Wallahu 'alam




Tiada ulasan:
Catat Ulasan