tatkala hati aku menangis,
tiada insan yang sudi memberi bahu untuk aku pinjam ketika didalam keesakkan..
sini tempat aku..
duduk bersandar.
jari pantas mengetuk "keyboard".
panjang hujah yang ingin dibicara dari hati.
pejam mata.
mencari kekuatan.
menahan sesuatu yang keluar dari tubir mata.
penat,
merah muka aku menahan.
semakin gigih aku menahan semakin rancak pergerakkan ia ke hujung tubir mata.
ia jatuh.
laju ia bergerak.
belum sempat satu sampai ke bibir , pantas yang lain mengejar..
tangan aku dah tak mampu untuk menangkis..
tangan aku dah penat..
mata aku dah penat..
bibir aku dah penat..
jadi aku biar..
biar ia jatuh sebanyak man dia nak jatuh..
dengan harapan dibawa sekali masalah yang ada.
jauh dari badan.
ya,
inilah aku..
insan yang dulunya cukup tinggi egonya!
cukup tinggi!
ya aku mengaku tentang itu..
insan inilah yang kini duduk bersandar pada sebuah dinding kosong mengelap air mata yang bercucuran.
insan ini berkata pedih!
ya memang pedih..
dari ego,
satu persatu insan yang dicintai Allah ambil kembali.
dari situ Allah turunkan ego aku.
tambahkan sayang aku dalam hati..
masih ingat doaku ketika di tanah suci,
agar jangan diambil orang2 yang aku sayang.
ya Allah..
setiap kali telinga ini mendengar detikan jam luluh hatiku.
makin rancak ia berlalu
makin aku tahu yang Allah sedang menarik mereka dari aku..
duhai hati
berhentilah menangis sayang..
jangan menngis lagi..
kerana tiada siapa yang sudi memujuk ku..
tiada siapa yang sudi memelukku ..
aku dah penat..
kasihanilah aku duhai hati..!
sayang hargai aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan